I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 11, 2009

Peringatan 10 akhir Ramadhan


Assalamualaikum..
Sahabat-sahabat muslimin dan muslimat sekalian. Alhamdulilah, kita sekarang berada pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan. Pada penghujung Ramadan ini, Allah telah kurniakan pelbagai fadhilat kepada hambanya yang berusaha untuk mendapatkannya. Pada malam 10 terakhir ini juga, Allah telah kurniakan kepada hamba-hambanya suatu malam yang melebihi seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar. Sesiapa yang berusaha untuk mendapatkan kelebihan malam ini, maka ibadahnya akan digandakan seperti ibadah selama 83 tahun 4 bulan. Mari kita sama-sama untuk merebut kelebihan pada 10 malam terakhir ini utuk mencari Lailatul Qadar dengan melakukan ibadah pada malam hari. Antara ibadah yang boleh dilakukan ialah membaca quran, bersolat tahajud, berzikir dan sebagainya.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata, “ sesungguhnya Rasulullah bersabda : Allah swt akan turun ke langit dunia setiap malam ketiga satu pertiga malam terakhir, seraya berfirman : “barang siapa berdoa kepada-Ku, akan Ku menerima permintaannya, barangsiapa yang memohon keampunanKu, maka Aku akan mengampuninya.” ( diriwayatkan oleh Bukhari Muslim)
Jesteru, dalam kesempatan yang ada ini, marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada untuk kita beramal dan melakukan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan dari Allah, Insya Allah..

Thursday, September 10, 2009

SALAM...
Alhamdulillah..kita dah sampai ke 10 malam akhir Ramadhan..pada malam ini, Allah telah menganugerahkan kepada hambaNya suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. bagi hambaNya yang berusaha untuk mencarinya pada 10 malam akhir ini, Insya Allah..dia akan jumpa.. jesteru, kita sebagai umat islam yang mahukan fadhilat ini, bolehla kita sama-sama mempertingkatkan amal ibadah kita.. Insya Allah.. Pohon keampunan dariNya supaya segala dosa-dosa kita sebelum ini diampunkan oleh Allah..Insya Allah..mari kita sama-sama berusaha untuk mencari keredhaan Allah..amien..

Wednesday, April 1, 2009

Siapakah aku pada hakikatnya? Sekadar renungan bersama..



Salam buat sahabat...
Pada kali ini saya ingain membawa sahabat-sahabat untuk berfikir sejenak, siapakah diri kita. Adakah kita seorang yang baik pekerti, atau sebaliknya. kadang-kadang kita dah mencuba untuk mejadi seorang manusia yang baik, dihormati, dan diredhai oleh Allah. tetapi, kadang-kadang, kita juga tidak terlepas dari melakukan maksiat kepada Allah.
huh! kita cuba untuk menjadi hamba Allah yang taat kepada Allah,berdoa untuk menjadi Insan yang soleh mahupun solehah. tiba-tiba, apabila selesai berdoa, keluar sahaja dari pintu rumah, terdetik di hati untuk melakukan sesuatu dosa walaupun kita tidak merancangnya. pandang kanan, maksiat. pandang kiri, maksiat.. apakah usaha kita untuk menjadi mukmin soleh atau mukminah solehah akan tercapai? huh, bahayanya dunia zaman sekarang. maksiat merata-rata. tidak mengira kecik atau besar, tua atau muda, lelaki atau wanita, semua terlibat. seolah-olah, maksiat merupakan suatu nilai yang boleh diterima oleh masyarakat..Macmana kita mahu berubah? kita nak minta bantuan ahli yang belajar agama, tetapi mereka jugak jenis yang sama macam kita, bahkan ada yang lebih teruk lagi. kita nak jadi hamba Allah yang baik, namun, persekiran yang membataskannya.
jadi, macamn? macamana kita mahu jadi hambaNya yang taat kepada perintah Allah? persoalan yang mungin ada jawapannya tetapi susah untuk di aplikasikannya. Apapaun, saya seru diri saya yang hina ini dan kepada semua sahabat agar sentiasa beristgfar kepada Allah. jangan lagi terlalu mengikut2 budaya yang keterlaluan kini. hanya kepadaNya kita kembali.

Wednesday, March 25, 2009

Fikir sejenak...


Salam, sahabat semua...
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas dengan baik dan menikmati segala pemberian Allah yang tidak terhingga. Bagaimana caranya untuk kita bersyukur? ulama-ulama mengatakan bahawa cara kita bersyukur ialah kita menggunakan segala nikmat Allah dengan sebaik mungkin ke arah yang memberi manfaat kepada kita dan merapatkan lagi hubungan kita dengan Allah S.W.T.

Namun, pakah kita menggunakan dengan sebaiknya nikmat yang kita ada? mata..apakah digunakan untuk perkara2 yang bermanfaat kepada kita? baca quran? berpa kali sehari atu seminggu atau sebulan? Telinga..apakah kita gunakan untuk memberi manfaat kepada kita? mendengar alunan memuji Allah? apakah kita menngunakannya dengan sebaik mungkin? atau hanya sedikit sahaja digunakan untuk jalan yang benar..yang lain, digunakan untuk mendapat keseronokan semata-mata.

Ingatlah.. Allah berupaya untuk menarik balik nikmat yang kita ada sekiranya kita tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin. uh! seksanya menjadi orang buta, tuli, kudung....tanpa nikmat Allah, apakah kita dapan menjalani kehidupan sebaik hari ini. jesteru, bersma-samalah kita merafa'kan kesyukuran kita kepada Allah..Insya Allah..

Friday, March 13, 2009

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAL-LALLAHU'ALAIHI-WASAL-LAM.

Salam.
Dalam bulan Rabiul Awal ini, elokla kita sama-sama merenung khutbah terakhir baginda Rasulullah saw. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya, Insya Allah.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAL-LALLAHU'ALAIHI-WASAL-LAM.

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Monday, March 9, 2009

Ciri-ciri Pelajar cemerlang


Salam..
sebagai seorang pelajar yang dahagakan kejayaan, kita perlu menyemai dalam diri kita sifat-sifat atau ciri-ciri pelajar cemerlang. Disini, saya ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat berkenaan dengan ciri-ciri pelajar cemerlang. mudah-mudahan, kita dapat ambil manfaat nya.

1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh
menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan
semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan
mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri.
Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak
mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba
belum tahu.

3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul
tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama,
bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah
keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada
generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar
hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha
lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran
semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar
adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main
dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang
yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah
lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak
terpelajar seperti mereka sendiri.

5. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi
peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau
peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar
yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah
mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat
guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi
'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang
bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian
bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan
yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan
mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda
andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!'
Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

7. Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang
mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota
ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk
mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan
pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan
semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan
selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

8. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan
pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang
yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar,
maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

9. Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan
sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah
mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota
pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah
tertinggal itu.

10. Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru
sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru
adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang
memberikan kita ilmu.

Friday, March 6, 2009

Peringatan menjelang Maulidurrasul

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana kita dipanjangkan umur oleh Nya dengan pelbagai nikmat yang berlimpah ruah dan nikmat yang paling besar disisi Allah ialah nikmat Iman dan Islam..
Pada bulan ini merupakan salah satu bulan yang mulia disisi Islam iaitu bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad saw.sejarah perjuangan baginda dalam menyebarkan ajaran Islam sungguh banyak bermula dari baginda dilantik menjadi Rasulullah yang terakhir. Dalam perit lelah memperjuangkan agama suci ini, agama Islam yang diredhai Allah sehingga dapat sempai ke rantau asia tenggara khususnya negara Malaysia. namun, berapa ramai kah umat Islam yang mempringati jasa dan sumbangan junjungan besar nabi Muhammad saw? Kita mengaku sebagai umat nabi Muhammad sedangkan sunnah baginda tidak di amalkan dalam kehidupan seharian. jesteru, sebagai umat yang mencintai nabi Muhammad saw, mari lah kita sama-sama memperbanyakkan selawat kepada baginda dan mengamalkan sunnah-sunnah dalam kehidupan kita seharian. mudah-mudahan, kita akan diberi syafaat yang tinggi nilainya di akhirat kelak. wallahu a'lam.