I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, October 29, 2008

Kenyataan!

257,411 bayi luar nikah

KUALA LUMPUR - Mengejutkan!

Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

"Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229," katanya.


(kosmo! 30 Okt 2008 )

Sahabat semua. Melihat apa yang telah dipaparkan dalam akhbar tempatan berkenaan,saya amat terkejut. Ia adalah kenyataan menteri. Betapa ramai anak-anak yang dilahirkan tanpa bapa di kalangan umat Islam Melayu di Malaysia. Ini disebabkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja kita pada masa kini yang amat membimbangkan. Tidak mustahil suatu hari nanti, anak-anak luar nikah di Malaysia mencecah angka 1 juta orang. siapa tahu...

Cuba tanya diri kita, apakah kita tidak memperdulikan isu semasa yang berlaku di negara kita? apakah jalan penyelesaiannya? Huh, jikalau kita asyik dengan kerja kita tanpa menghiraukan persekitaran, tidak mustahil, rakyat Malaysia akan dibanjiri dengan anak luar nikah.. sebanyak warga asing di negara kita. Perlukah kita tunggu sehingga bala Allah menimpa negara kita, baru kita nak berubah? Sebagaimana bala thunami yang Allah yang turunkan di Indonesia?Atau menunggu kehadiran Kiamat?

Ayuhla, sahabat-sahabat pencinta Islam. Marilah kita sama-sama mencegah perbuatan maksiat bermula di persekitaran kita. kemudian, di daerah kita. Kita harapkan agar dapat membersihkan negara kita dari segala maksiat pada suatu hari nanti.

Kisah Pokok Epal



Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.
Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini
setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal
sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu
pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat
permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang
remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar
pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal
tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan
engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah
Budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada
padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat
membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan
pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal
Itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang.
Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku.
Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong
dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok
epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal
Itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi
kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.
Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok
Epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main
Di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.
Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya
Lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh
memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar
dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi
selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah
usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah
bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku
sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,
batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang
hamper mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya,
Aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak
Mahu batang pokokmu kerana aku tak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat
Dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.
Mereka berdua menangis kegembiraan.


CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITO BERFIKIR TENTANG
PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG
DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA.

BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP.

KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.

ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP
POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN
ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA.

HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.
SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.

7 Formula Individu Cemerlang


A.M. Lothrop Stoddard mengarang buku The New World of Islam mengatakan tentang kebangkitan Islam yang mengkagumkan dalam sejarah. Islam berkembang sehingga separuh alam dan membentuk hati-hati manusia hingga berjaya menegakkan dunia baru iaitu dunia Islam.


Syaitan tidak mempunyai kekuasaan ke atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal. (An-Nahl 99-100)


Apabila hati individu dipenuhi iman, ikhlas dan tawakkal, jalan menuju kejayaan serta keunggulan menjadi lebih mudah.


Aset utama dalam menuju keunggulan adalah diri sendiri. Untuk berjaya potensi-potensi diri perlu digilap dengan ramuan Iman dan Islam.


Aset penting seorang manusia adalah akal. Akal mesti digilap dengan ilmu untuk mengenal hak dan batil, halal dan haram, sah dan batal dan keutamaan-keutamaan.


Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. (Al Mujadalah 11). Tidak ada ibadah yang paling utama daripada kefahaman agama. Orang yang fakih lebih susah untuk diperdayakan syaitan.

Umat terbaik adalah umat yang menyuruh kepada makruf dan mencegah kemugkaran dan beriman kepada Allah (Ali Imran 110).


Penulis-penulis barat yang mengiktiraf Islam. Robert Briffault mengarang buku The Making Of Humanity. Philip K. Hitti menulis The History of the Arabs. Marmaduke picktall mengarang Islamic Culture. Ucapan Carleton S. (carly) Fiorina, pengerusi (CEO) Hewlett-Packard Company pada 26 Sept tahun 2001 di Menneapolis, Minnesota.


Golongan yang berjaya adalah mereka yang menghargai dan mensyukuri nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah. Mereka mentaati Allah, membaca AL-Quran, mengajak kepada makruf dan berperanan mencegah mungkar, dan menghubungkan silaturrahim.


Orang berjaya adalah orang yang merasa mulia dengan Islam.


Perjanjian Balfour antara Palestin dan Yahudi pada 14 Mei 1948.


Agama Islam ibarat lombong berlian kepada seorang muslim. Ayat-ayat al quran dan syariat adalah berlian orang Islam. Golongan yang berjaya adalah golongan yang tidak melupakan peringatan Allah.


Kita mestilah menerima nikmat Allah dengan rasa taqwa.


Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka (Al Anfal 53-54)


Orang yang bertaqwa dan bersabar tidak akan disia-siakan pahala kebaikannya oleh Allah (Yusuf 90)


Bumi akan dipusakai oleh golongan soleh (al anbiya 105). Golongan soleh adalah golongan yang mengutamakan ketaatan kepada Allah yang sentiasa bermuhasabah, bertaubat, bermujahadah, bermuraqabah dan beristiqamah.


Jangan merasa lemah dan kecewa kerana kita adalah golongan yang mulia jika kita beriman kepada Allah (Ali Imran 139). Adalah sangat penting kepada kita untuk menjaga iman dan keyakinan kepada janji-janji Allah kerana iman akan memberi kekuatan kepada hati.

Mencontohi keunggulan Zlqarnain. Jelas destinasi (berwawasan), Fikiran global dan mempunyai misi, memiliki panduan (kompas) hidup iaitu taqwa, berminda strategik, menguasai teknologi, berkomunikasi secara efektif.